fbpx

Ramai kagum lihat Maya Sidek di puncak KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Maya Sidek yang berada di puncak KLCC

PETALING JAYA – Seorang wanita yang digelar ‘Iron Lady’ berada di puncak Menara Berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) membuatkan orang ramai kagum dan teruja.

Menerusi video perkongsian di akaun TikTok @siva_wwc6 menyaksikan seorang wanita berhijab sama sekali tidak gentar bekerja di bahagian paling tinggi mercu tanda Kuala Lumpur yang berketinggian 88 tingkat dengan memakai alat keselamatan lengkap.

‘Iron Lady’ atau lebih dikenali dengan nama panggilan Maya Sidek dipercayai bertugas sebagai ‘Rope Access Technician’ (juruteknik akses tali) dan juga ‘Non-Destructive Testing (NDT) technician’.

Susulan itu, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan menyifatkan Maya sebagai individu berjiwa besar dan berani melakukan pekerjaan mencabar itu apatah lagi seorang wanita.

“Kalau aku hilang dah rasa lutut. Memang tidak dapat berdiri tegak. Handal mereka semua. Semoga semua urusan dipermudahkan,” komen seorang pengguna media sosial.

“Hai Puan, saya sangat hormat kepada awak! Awak telah memecahkan stereotaip dan stigma masyarakat kepada wanita. Teruskan berjaya,” komen seorang netizen.

“Alhamdullilah, kuasa milik Allah dgn izinNya. Terbaik dan awak semstinya bukan calang-calang orang. Sangat berani dan berinspirasi. Jujur, saya sendiri tidak akan mampu berbuat demikian walaupun saya seorang lelaki,” komen netizen yang lainnya.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang tertanya-tanya mengenai jumlah gaji wanita kepada dua orang anak ini yang pastinya sangat tinggi dan mewah.

“Ini kalau gaji tidak mahal lagi tidak tahulah, mesti gaji tinggi berbaloi dengan harga keberanian beliau yang tinggi,” tulis seorang netizen di ruangan komen.

“Kalau setakat gaji RM5,000 ke RM8,000 ribu memang tidak lah, mesti berpuluh-puluh ribu sesuai dengan kerja yang dilakukan. Bukan semua orang boleh buat kerja ini, kalau saya belum naik sudah terkencing,” ujar seorang lagi pengguna.

Setakat ini, video tersebut telah tular dan meraih hampir 2 juta tontonan, 173,800 tanda suka dengan 9,108 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI