fbpx

PRU15: PRM umum tanding 28 Parlimen, 1 DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Jufliz (lima kanan) pada sidang akhbar khas berkenaan.

KLANG – Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengumumkan 28 calon parti itu akan bertanding dalam kerusi Parlimen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PRM, Ahmad Jufliz Faiza berkata, ini berbeza dengan PRU14 sebelum ini hanya lapan calon parlimen sahaja.

Katanya, berdasarkan pecahan sebanyak 14 kerusi di Parlimen Kelantan, Selangor (6), Pulau Pinang (4), Kuala Lumpur (2) dan masing-masing satu di Kedah dan Perak.

Selain itu, satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kamunting, Perak turut akan disertai PRM dalam PRU15 ini.

“Kita akan bergabung dengan Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia (Gerak) di Selangor dalam misi menawan Selangor.

“Kita juga mempertaruhkan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Ezam (Mohd. Nor) dengan slogan Gerak Rakyat,” katanya pada sidang akhbar khas PRM dan pelancaran Gerak Rakyat di sini, hari ini.

Beliau turut memberitahu antara kerusi Parlimen di Selangor yang akan ditandingi mereka adalah Kota Raja, Kapar, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam dan Bangi.

“Kita akan menampilkan sekurang-kurangnya dua calon muda berusia 24 dan 25 tahun.

“Pengumuman rasmi calon akan dibuat pada Khamis ini,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI