fbpx

Pelajar sekolah memandu panik, parkir kereta atas pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menyaksikan pelajar sekolah memandu panik sehingga kereta menaiki pembahagi.

PETALING JAYA – Bebelan seorang guru memandu terhadap pelajarnya yang gagal memasuki petak parkir sehingga menaiki pembahagi jalan telah mencuit hati ramai netizen.

Menerusi video berdurasi dua minit yang telah dimuat naik di aplikasi TikTok @appypyna menyaksikan seorang pelajar memandu yang cuba memasuki petak parkir secara semberono sehingga menaiki pembahagi jalan.

Lucunya, pelajar tersebut dengan yakin mengangkat tangan menandakan dia sudah menyelesaikan tugas tersebut.

Susulan video itu telah tular, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah komen-komen sinis dan lucu.

“Ya Allah dik, dengan yakin kau angkat tangan tanda selesai walaupun kau gagal, kau memang terbaik dik!,” komen seorang netizen.

“Lawak sungguh, itulah bila cikgu ajar tidak mahu dengar, bila cikgu tanya faham ke tidak, cakap faham. Hujung-hujung beginilah jadinya,” tulis seorang netizen lagi.

“Aku sendiri pun tidak pandai sangat masuk parking tetapi tidak teruk macam ini sekali, lucu sungguh kau adik, tapi kayak faham perasaan gementar itu mengatasi segalanya.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman yang hampir sama ketika mengambil ujian lesen memandu ketika dahulu.

“Saya pun gagal di bahagian ini, balik rumah sampai menangis tetapi nekad nak berlatih sungguh-sungguh, akhirnya dapat juga lesen memandu,” kongsi seorang pengguna media sosial.

“Ingat lagi masa belajar parkir kereta sendiri sebab cikgu memandu marah dengan saya atas alasan saya suka melawan, mujurlah lulus,” komen netizen yang lainnya.

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah meraih hampir 2 juta tontonan dan lebih 79 ribu tanda suka dengan 8,964 ribu perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI