fbpx

Kuala Terengganu Bypass mula beroperasi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuala Terengganu Bypass yang mula dibuka untuk laluan pengguna hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jalan Pintas Kuala Terengganu atau dikenali sebagai Kuala Terengganu Bypass akhirnya beroperasi hari ini setelah hampir tiga tahun pembukaannya tertangguh.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang 5.8 kilometer (km) yang menghubungkan Kuala Ibai dan Kampung Durian Burung di sini akan memberi manfaat kepada 70,000 pengguna.

Beliau berkata, pembukaan Jalan Pintas Kuala Terengganu berperanan menyuraikan kesesakan trafik di bandar raya ini terutama pada waktu puncak, musim perayaan dan cuti persekolahan.

“Laluan yang menghubungkan Jalan Kuala Terengganu-Kota Bahru itu berupaya meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti pengguna.

“Ia sekali gus mampu membawa limpahan ekonomi di Pantai Timur khususnya di bandar raya ini,” katanya selepas merasmikan pembukaan laluan itu di sini hari ini.

Fadillah memberitahu, projek Jalan Pintas Kuala Terengganu yang bermula pada tahun 2016 terbabit sepatutnya siap sepenuhnya pada tahun 2019.

Begitupun, ia tertangguh ekoran isu pengambilan tanah sebanyak tiga kali dan penularan Covid-19.

“Cabaran-cabaran tersebut juga menyebabkan kos pembinaannya meningkatkan kepada RM384.3 juta berbanding asalnya cuma RM250 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI