fbpx

Kakitangan Hospital Putrajaya maut nahas atas jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah lori pembersihan dalam kejadian di Jambatan Seri Saujana petang tadi.

PUTRAJAYA – Seorang kakitangan Hospital Putrajaya (HPj) maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori pembersihan jalan di Jambatan Seri Saujana, di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 3.40 petang itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Aimanhafiz Ab. Wahab, 30, yang merupakan kakitangan di Unit Fisioterapi HPj maut di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yahama Lagenda sedang dalam perjalanan menuju ke arah Lebuh Sentosa.

Ujar beliau, apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan telah merempuh sebuah lori yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di jambatan berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke bahagian kanan jalan dan disahkan meninggal dunia manakala pemandu lori tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, ketika kejadian, permukaan jalan rata serta kering dan jambatan itu mempunyai tiga laluan sehala.

A. Asmadi berkata, mayat mangsa seterusnya dibawa ke HPj untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI