KUALA LUMPUR – Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader tampil sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Puchong.
Presiden Makkal Sakti, R S Thanenthiran pula sebagai calon Parlimen Nibong Tebal, manakala T. Loganathan dari Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Parlimen Jelutong.
Razalif Mohamad Zain dari Parti Cinta Malaysia (PCM) akan bertanding di kerusi Bukit Bendera.
KIMMA, Makkal Sakti, IPF dan PCM merupakan Friends Of BN. – KOSMO! ONLINE