fbpx

Joong-ki, Tae-ri mangsa salah sangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOONG-KI dikatakan sedang menjalin cinta dengan Kim Tae-ri disebabkan sedikit salah faham.

BUAT kali kedua, dua bintang filem Space Sweepers iaitu Song Joong-ki dan Kim Tae-ri terlibat dalam skandal cinta.

Perkara tersebut didedahkan sebuah portal dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan seorang lelaki dan wanita berjalan sambil berpegangan tangan.

Bagaimanapun, selepas artikel tersebut tular, peminat meluahkan rasa bengang kerana foto tersebut sebenarnya milik orang lain.

Hasil pencarian, peminat mengesahkan, gambar berkenaan sebenarnya milik Hyunbin dan isterinya, Son Ye-jin ketika mereka berbulan madu di New York.

Joong-ki dan Tae-ri sebelum ini pernah memercikkan spekulasi mempunyai hubungan istimewa gara-gara kerap membalas komen mesra.

Sebelum ini, Joong-ki yang merupakan bekas suami Song Hye-kyo pernah menjelaskan perasaannya dalam sebuah sidang akhbar.

“Saya sangat rindukan Tae-ri. Alangkah indahnya jika dia bersama-sama pada hari ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, gosip tersebut berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengesahan daripada kedua-dua pihak tentang hubungan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI