fbpx

Lelaki serang suami Pelosi guna tukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai polis San Francisco dan ejen FBI berkumpul di hadapan rumah Pelosi di California kelmarin. - AFP

WASHINGTON – Seorang penceroboh menyerang suami Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi menggunakan tukul selepas menceroboh masuk kediaman mereka di California kelmarin, mengakibatkan mangsa terpaksa dirawat di hospital.

Media AS melaporkan bahawa penceroboh itu menjerit ‘di mana Nancy?’ semasa serangan berlaku, membayangkan wujudnya motif politik, namun ketua polis San Francisco, Bill Scott berkata, motif kejadian masih belum dikenal pasti. 

Polis berkata, anggota-anggotanya menemui penyerang di rumah pasangan suami isteri itu sejurus sebelum pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) di mana suspek dan Paul Pelosi bergelut kerana sebuah tukul.

Pelosi yang merupakan pengganti kedua untuk jawatan Presiden AS, berada di Washington ketika kejadian.

“Apabila anggota-anggota polis tiba di tempat kejadian mereka bertembung dengan seorang lelaki dewasa dan suami Pelosi, Paul.

“Anggota kami melihat Paul dan suspek memegang sebuah tukul. Suspek merebut tukul itu dan menyerang mangsa dengan ganas,” kata ketua polis tempatan yang dikenali sebagai Scott.

Beliau mengenal pasti penyerang sebagai David Depape, 42, dan berkata, dia akan didakwa dengan pertubuhan cubaan membunuh, menyerang menggunakan senjata berbahaya, memecah masuk kediaman dan beberapa kesalahan lebih ringan lain.

Jurucakap Pelosi, Drew Hammill berkata dalam satu kenyataan bahawa suami speaker berusia 82 tahun itu ‘menerima penjagaan perubatan yang cemerlang dan dijangka sembuh sepenuhnya.’

Dalam perkembangan sama, Presiden Joe Biden, 82, turut menyuarakan sokongan beliau berhubung serangan kejam itu dan mendoakan supaya Paul cepat sembuh, kata White House dalam satu kenyataan. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI