fbpx

Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - FOTO/ PUQTRA HAIRRY

PETALING JAYA – Angin kencang timur laut melebihi 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan timur laut Condore, utara Reef North, barat Palawan sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter pula dijangka di kawasan perairan Condore, barat daya Reef North sehingga Rabu.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” kata MetMalaysia hari ini.

Dalam pada itu, katanya, angin kencang barat daya berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan tenggara Reef North, Layang-Layang, Labuan dan timur Palawan juga sehingga Rabu ini.

Menurutnya, keadaan itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Selain itu, angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan utara Bunguran dan utara Reef South bagi tempoh sama.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI