PETALING JAYA – Sebanyak tiga negeri berdepan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 10 pagi ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, cuaca tidak menentu berkenaan dijangka berlaku di seluruh daerah di negeri Melaka.
“Bagi Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat adalah di sekitar Seremban,Port Dickson dan Rembau.
“Sementara di negeri Johor, cuaca sama diramal berlaku di daerah Tangkak dan Muar,” katanya dalam kenyataan pagi ini. -KOSMO! ONLINE.