fbpx

Bukan mudah tutup aurat dengan sempurna – Nuha Bahrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUHA terbuka hati menerima segala teguran bab berpakaian kerana mengakui dia sentiasa dalam proses memperbaiki diri menjadi muslim lebih baik.

PETALING JAYA – Pernah dikecam mengenai isu pakaian singkat, penyanyi Nuha Bahrin berlapang dada menerima teguran ramai mengenai caranya berpakaian.

Nuha, 22, memberitahu dia sedar tentang kesilapan diri dan menganggap semua teguran tersebut sebagai proses pembelajaran untuk menjadi individu lebih baik.

“Teruskan tegur dan ingatkan saya, terima kasih untuk semua itu. Fokus saya memang tentang perbaiki pakaian singkat yang diperkatakan ramai itu, kadang-kadang terlepas pandang.

“Bukan mudah untuk menutup aurat dengan sempurna dan saya masih dalam usaha ke arah tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Tambahnya yang popular menerusi lagu Casablanca, kecaman netizen mengenai cara pemakaiannya tidak menghentikan perjuangan untuk bergelar seorang muslimah yang lebih baik.

“Saya akui agak ‘struggle’ dalam usaha menutup aurat dengan sempurna tetapi pada masa sama tidak akan berhenti berusaha ke arah lebih baik.

“Saya suka apabila ada yang menegur sebab anggap perkara tersebut sebagai satu peringatan untuk diri sendiri.

“Namun, untuk wanita di luar sana yang masih berjuang menutup aurat dengan sempurna, terus berdoa dan istiqamah dalam perbaiki ibadah termasuk solat,” ujarnya.

Sekitar Ogos lalu, Nuha dikritik memakai dres singkat paras atas buku lalinya ketika menjadi tetamu sebuah program hiburan di Indonesia.

Menambah kritikan ramai apabila dia turut mengalunkan qasidah Qomarun dalam persalinan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI