fbpx
Tangkap layar video tular yang didakwa dua lelaki sedang melakukan aksi senonoh di sebuah masjid baru-baru ini.

Bukan berkelakuan sumbang tapi gurauan adik-beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Dua lelaki yang dikatakan tular melakukan adegan tidak senonoh di sebuah surau di pekan Banting di sini baru-baru ini adalah merupakan adik-beradik.

Kedua-dua mereka berusia berusia 14 dan 21 tahun itu dikatakan singgah di surau tersebut untuk menunaikan solat ketika dalam percutian keluarga.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, pihaknya berjaya mengesan mereka pada hari ini dengan mendapati mereka tinggal di Seremban.

Katanya, dua beradik itu datang ke Banting dari Shah Alam bersama ibu bapa mereka dan seorang lagi beradik perempuan mereka yang berusia antara 19 dan 47 tahun pada Selasa lalu.

Keluarga itu datang bercuti dan makan di sebuah sebuah restoran di pekan Banting sebelum menunaikan solat di surau berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang.

“Selesai solat, kedua beradik lelaki itu bergurau di dalam surau tersebut tanpa disedari perbuatan mereka dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) surau itu.

“Menurut keterangan salah seorang daripada adik beradik tersebut menyatakan dia bergurau dengan adiknya dan membetulkan seluarnya. Tiada sebarang niat untuk berkelakuan tidak senonoh di dalam surau terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, berdasarkan keterangan kedua ibu bapa mereka memaklumkan adik-beradik tersebut mempunyai hubungan yang rapat dan selalu bergurau.

Ahmad Ridhwan menegaskan pihaknya telah mengambil kesemua keterangan daripada dua beradik dan ibu bapanya hari ini.

“Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut,” katanya.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan aksi melampau dua lelaki yang berjaya dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum tular di Twitter rasmi Info Kuala Langat. -KOSMO! ONLINE.

POPULAR