fbpx

Tiga beranak maut, kereta rempuh lori baiki jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami isteri serta anak mereka berusia setahun maut kemalangan di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), Alor Gajah.

MELAKA – Nahas yang meragut nyawa tiga beranak di Kilometer 216, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pagi tadi berlaku selepas kereta dinaiki mangsa merempuh lori yang berhenti bagi kerja pembaikan jalan.

Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, isterinya, Zubaidah Abd. Rajak srta anak pasangan itu, Muhammad Rizqi, setahun.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, nahas dipercayai berlaku selepas kereta Honda Jazz dinaiki tiga beranak tersebut merempuh belakang lori yang sedang melakukan kerja pembaikan jalan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati lori tersebut berhenti di lorong paling kanan dan sedang meletakkan kon bagi kerja pembaikan pembahagi jalan.

“Walau bagaimanapun kereta dinaiki mangsa yang datang dari arah belakang merempuh lori terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Arshad, akibat rempuhan itu, ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Pasangan suami isteri tersebut merupakan jururawat dan bertugas di hospital pakar swasta di Johor Bahru.

“Kita turut dimaklumkan keluarga itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bercuti,” kata beliau.

Mayat tiga beranak tersebut dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah di sini untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI