fbpx

Netizen anggap ruang mesin ATM sempit ‘body shaming’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu dilihat memasuki ruang mesin ATM di sebuah bank. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki memasuki ruang mesin pengeluaran automatik (ATM) yang terlalu sempit sehingga sukar untuk dia bergerak, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @farhaanksr.

Lelaki itu mengunjungi sebuah bank untuk mengeluarkan wang. Dia membuka pintu ruang ATM sebelum melangkah masuk ke dalamnya.

Bagaimanapun, lelaki itu ketawa apabila mendapati ruang itu terlalu sempit dan hanya boleh memuatkan seseorang yang kurus.

Lelaki itu kurus tetapi terpaksa menghimpit badannya pada mesin untuk menutup pintu. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Definisi harga tanah mahal,” kata seorang netizen.

“ATM body shaming,” seorang netizen lain berseloroh. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI