fbpx

KDN terima 10,300 permohonan Program Visa Premium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (kiri) semasa menyaksikan pertunjukan keselamatan daripada Polis Diraja Malaysia PDRM selepas Majlis Perasmian Program Kita Demi Negara di Dataran Lembah Sireh, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima sebanyak 10,300 permohonan bagi fasa pertama Program Visa Premium (PVIP) Malaysia sejak 1 Oktober lalu.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, sebanyak RM4 juta deposit membabitkan 2,000 pemohon juga sudah diperoleh sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya, kesemua permohonan yang telah diterima masih dalam semakan dan penilaian terperinci kerana pihaknya terlebih dahulu perlu mendapatkan maklumat mengenai pemohon.

“Kita telah mengeluarkan surat kepada syarikat-syarikat yang memohon PVIP. Proses semakan akan mengambil masa bagi memastikan mereka benar-benar layak termasuk sama ada dapat memberi keuntungan kepada negara atau sebaliknya.

“Kita juga bekerjasama dengan pihak Polis Antarabangsa (Interpol) bagi memastikan pemohon ada melakukan jenayah di negara sendiri atau tidak,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Kita Demi Negara di Dataran Lembah Sireh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Hamzah, KDN menyediakan sebanyak 20,000 kuota PVIP dan kerajaan memberi tempoh sehingga 20 tahun kepada pemegangnya untuk menetap di negara ini.

Katanya, berdasarkan sambutan dan jumlah permohonan visa ketika ini, ia jelas menunjukkan ramai warga asing mempunyai keinginan untuk tinggal di Malaysia.

Sebelum ini, KDN memperkenalkan PVIP Malaysia bagi menarik minat hartawan global untuk menetap dan melabur di negara ini.

Permohonannya terbuka kepada pelbagai peringkat usia dan warganegara kecuali Israel yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI