fbpx

Gaduh sebab mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki dipukul menggunakan topi keledar di sekitar Kuala Langat

KUALA LANGAT – Pergaduhan tiga lelaki sekitar daerah ini yang tular di media sosial semalam adalah disebabkan berada dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, menerusi video berdurasi 12 saat itu mendapati salah seorang daripada mereka telah rebah akibat dipukul di bahagian kepala menggunakan topi keledar .

“Punca kejadian antara mangsa dan kawan-kawannya disebabkan ketika itu dalam keadaan mabuk.

“Polis telah mengenal pasti suspek dan kini sedang dalam tindakan untuk kesan dan tangkap saspek yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 324/160 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan topi keledar dan bergaduh di tempat awam.

“Berdasarkan seksyen itu memperuntukkam hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI