fbpx

Dua lelaki lakukan aksi melampau dalam surau diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki kini diburu pihak polis selepas lakukan aksi tidak senonoh di sebuah surau.

KUALA LANGAT – Polis kini mengesan dua lelaki yang tular melakukan adegan tidak senonoh di dalam sebuah surau di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada bilal surau berkenaan kira-kira pukul 9.07 malam tadi.

Katanya, berdasarkan laporan bilal berusia 54 tahun itu menyatakan telah melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dengan terdapat dua orang lelaki tempatan telah melakukan aksi tersebut.

“Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pelaku dalam rakaman CCTV terbabit.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pelaku di dalam kes ini menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Norhidayah Mohd. ditalian 017-4055363 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan tindakan melampau dua orang lelaki berkelakuan sumbang di dalam sebuah surau dikecam apabila perbuatan mereka itu dirakam CCTV.

Video berdurasi satu minit 50 saat yang tular di Twitter rasmi Info Kuala Langat itu memaparkan salah seorang daripada mereka mula meraba-raba rakan lelaki di sebelahnya.

Lelaki itu juga kemudian dilihat seolah-olah seperti mahu membuka seluarnya selepas dirakam mencium ‘pasangannya’ itu. -KOSMO!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI