fbpx

[VIDEO] Ibu bapa dalam rumah, cuai anak tepi balkoni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular dua kanak-kanak berada di balkoni jendela luar rumah di sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak, semalam

KUALA LUMPUR – Polis memanggil kedua-dua ibu bapa untuk dirakam percakapan berhubung kejadian video tular kanak-kanak yang dibiarkan cuai bermain di tepi balkoni tingkap di sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan adiknya lelaki berusia dua tahun dikesan pihak polis melalui video tular yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Reff Lia sekitar pukul 4 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, klip video yang tular berdurasi 10 saat berlaku pada tarikh dan masa yang tidak dapat dipastikan.

Katanya, semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai polis dari bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

“Sepasukan polis dari bahagian berkenaan telah menjalankan siasatan dan mendapati ketika kejadian ibu bapa mangsa berada di dalam rumah dan tidak menyedari kejadian tersebut berlaku.

“Ibu bapa kanak-kanak terbabit telah dipanggil untuk dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat dan telah dibenarkan pulang malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ashari, pegawai penyiasat (IO) akan lengkapkan siasatan untuk dirujuk kepada timbalan pendakwa raya (DPP)

Jelasnya, kes akan disiasat oleh di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).

“Sehubungan itu, polis menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta Kanak Kanak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI