fbpx

NASA tubuh panel siasat penampakan UFO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKAS angkasawan NASA, Scott Kelly adalah salah seorang daripada 16 penyelidik yang dipilih untuk kajian itu. - Bill Ingalls/NASA/Getty Images

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menubuhkan panel pertama seumpamanya untuk mengkaji ‘fenomena udara tidak dikenal pasti’ (UAP) atau lebih dikenali sebagai objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor akhbar Metro UK semalam.

Isnin lalu, agensi angkasa lepas itu mengumumkan senarai 16 panel yang terdiri daripada pakar dalam bidang saintifik termasuk fizik dan astrobiologi.

Kumpulan itu akan menumpukan siasatan sepenuhnya terhadap penampakan yang tidak diklasifikasikan dan data-data lain yang dikumpul daripada kerajaan dan sektor komersial, demikian menurut NASA.

Kajian oleh NASA adalah berasingan dengan siasatan yang baru diperkenalkan oleh Pentagon mengenai UAP yang dilaporkan oleh bahagian penerbangan tentera dan dianalisis oleh pegawai pertahanan dan perisikan Amerika Syarikat (AS).

Usaha selari oleh Nasa dan Pentagon menyerlahkan titik perubahan bagi kerajaan AS selepas menghabiskan beberapa dekad untuk memesongkan, membongkar dan menyahkreditkan pemerhatian UFO sejak tahun 1940-an.

Istilah UFO yang sudah lama dikaitkan dengan pengertian piring terbang dan kapal angkasa makhluk asing telah digantikan dalam bahasa rasmi kerajaan kepada UAP.

“Tiada bukti bahawa UAP berasal dari luar angkasa,” kata NASA.

“Memahami data yang kami ada di sekitar fenomena udara yang tidak dikenal pasti adalah penting untuk membantu kami membuat kesimpulan saintifik tentang apa yang berlaku di langit kita,’ kata pentadbir bersekutu NASA, Thomas Zurbuchen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI