fbpx

‘Team order’ bantu Pecco menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PECCO berjaya merangkul kemenangan di GP Malaysia kelmarin. – AFP

SEPANG – Ramai mendakwa kemenangan Francesco ‘Pecco’ Bagnaia di Grand Prix (GP) Malaysia kelmarin adalah selepas mendapat bantuan ‘team order’ untuk memastikan pelumba Ducati itu mampu menjulang gelaran dunia lebih awal.

Pada saingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Pecco pada mulanya ketinggalan selepas Enea Bastianini dari pasukan Gresini Racing agresif berada di hadapan.

Namun, Bastianini yang memberi tentangan hebat sepanjang perlumbaan itu dilihat memperlahankan jenteranya dan membuka ruang kepada Pecco untuk berada di hadapan.

Pada saingan tersebut, Bagnaia memerlukan pencabar terdekat, Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di kedudukan keempat bagi membolehkan dia bergelar juara dunia di bumi Malaysia.

“Team order? Saya hanya minta pasukan sediakan ‘hot dog’. Tahniah kepada Ducati, kami adalah pasukan terbaik di dunia,” kata Bagnaia.

Sementara itu, Bastianini yang mengakhiri saingan tempat kedua mengakui dia sebenar­nya berhasrat untuk meraih kemena­ngan di Sepang, namun jenteranya berdepan masalah.

“Apabila saya melihat Jorge Martin terjatuh, saya faham bahawa ini adalah saat untuk saya cuba pergi ke hadapan. Saya memintas Pecco di selekoh 4 dan kemudian berhati-hati dengan keadaan tayar.

“Saya mula rasa tekanan pada tayar dan mustahil untuk saya memecut laju di pertengahan selekoh kanan. Masalah tersebut membuka ruang kepada Pecco memintas saya,” kata Bastianini.

Bagnaia terpaksa menunda ‘pesta’ merangkul gelaran dunia di bumi Malaysia, namun tetap membawa bekalan selesa ke GP Valencia di Litar Ricardo Tormo bulan depan menerusi perbezaan 23 mata selepas mengumpul 258 mata.

Quartararo masih menyalakan harapannya untuk terus mencabar kejuaraan dunia selepas menamatkan saingan di tempat ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI