fbpx

PRU15: PM ramal PKR sukar menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meramalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sukar untuk menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata demikian bagi mengulas kajian oleh PKR yang mendakwa konon BN sukar untuk menang PRU15 pada 19 November depan.

“Sama dengan kita, kita juga kata mereka (PKR) sukar menang pilihan raya. Semua masuk pilihan raya, semua yakin menang.

“Kalau semua tidak yakin menang, semua tidak perlu bertanding. Jadi masing-masing cakap menang. Gerakan Tanah Air (GTA) cakap boleh menang,

“Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pun cakap boleh menang. Oleh itu kita perlu adakan pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat Khas Perdana Menteri Sempena PRU15 dan Monsun Laut 2022 di Ibu Pejabat Bukit Aman hari ini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI