fbpx

Najib rindu buat kerja kebajikan rakyat – Yana Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib (kiri) dan Yana (kanan).

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan perasaan rindu untuk membuat kerja-kerja kebajikan rakyat.

Perkara itu disampaikan kepada anaknya, Nooryana Najwa ketika melawat Najib di Penjara Kajang semalam.

Nooryana Najwa dalam satu hantaran di Instagramnya berkata, Najib juga bimbang dengan nasib rakyat berikutan negara bakal mengalami kegawatan ekonomi tahun hadapan.

Najib juga sempat menyampaikan ucapan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada rakan-rakan kaum India yang menyambutnya.

“Hari ini genap dua bulan sejak daddy berada di Penjara Kajang. Saya tahu ramai yang bertanya tentang keadaan Bossku (Najib) kami.

“Saya telah melawat DSN semalam dan beliau amanahkan saya untuk menyampaikan mesej mesej kepada semua, selamat menyambut perayaan Deepavali kepada rakan-rakan kaum India. Perubahan cuaca yang kerap, mohon rakan-rakan sekalian menjaga kesihatan,” katanya.

Menurut Nooryana Najwa, bapanya sudah membiasakan diri dengan rutin di penjara dan mendapatkan ketenteraman rohaniah melalui mengkaji, beribadah, membaca dan melihat gambar cucu.

“Saya bertanyakan daddy, apakah yang paling kurang selesa buat sekarang? Daddy menjawab, bukan fizikal, malah mental.

“Beliau rindu membuat kerja-kerja kebajikan rakyat, adakah kita semua ok dalam kehidupan harian? Kita bakal mengalami kegawatan ekonomi tahun depan, adakah rakyat telah bersedia?,” katanya.

Selain itu Nooryana Najwa turut memaklumkan Najib juga bimbang sama ada Barisan Nasional sudah bersedia untuk Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan diadakan bulan hadapan.

“Wajah daddy, Alhamdulillah, sentiasa tenang. Semangat masih kuat.

“Semoga Kebenaran dan keadilan akan memihak kepada mereka yang difitnah. Jaga diri baik-baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI