fbpx
CAPRICE

Caprice jumpa psikiatri, akui ada masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Sejak usia 18 tahun hingga sekarang, saya sudah jumpa pakar psikiatri untuk dua masalah.”

Demikian pengakuan penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, tentang dirinya kesahihan dirinya menghidapi masalah mental.

“Pertama sekali, saya memang ada masalah anxiety (kemurungan). Saya tak boleh duduk diam. Saya kena sentiasa bekerja.

“Apabila saya berhenti bekerja, tangan akan menggigil dan diserang panik,” dedahnya dalam satu perkongsian video dalam Instagram.

Pelantun lagu Dem Girls itu turut memaklumkan bahawa dirinya mempunyai masalah insomnia (susah tidur malam) yang sangat teruk.

“Saya ada masalah insomnia yang sangat teruk. Saya memang tak boleh tidur (waktu malam). Kalau itu berlaku, saya memang akan makan ubat tidur,” ujarnya.

Menjawab tentang sama ada dirinya menghidapi masalah mental, Histrionic personality disorder (HPD), Caprice berkata, dia akan bertemu pakar terapi untuk melakukan diagnosis berhubung perkara tersebut.

“Segelintir orang percaya yang saya ada HPD, minggu ini juga saya akan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan diagnosis lebih mendalam,” katanya.

Sungguhpun begitu, Caprice menegaskan, sekiranya dia tidak memiliki masalah mental tersebut, individu yang merupakan pengamal perubatan membangkitkan isu HPD dalam TikTok perlu belanja setiap seorang netizen panadol dalam ruangan komen video dimuat naiknya.

“Kalau pakar psikiatri keluar surat yang saya tiada HPD, anda (pegawai perubatan) ada 24 jam untuk beri semua orang dalam ruangan komen dalam TikTok panadol (paracetamol) percuma,” katanya.

Terdahulu, seorang lelaki dengan aksen bahasa Indonesia difahamkan seorang pengamal perubatan mengeluarkan teori sendiri dan percaya bahawa Caprice menghidapi masalah HPD. – KOSMO! ONLINE

POPULAR