fbpx

Wanita maut, nahas lori bertembung Proton Waja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori membawa air batu dan sebuah Kereta Proton Waja oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang.

KLUANG – Seorang wanita maut dalam insiden membabitkan sebuah lori air batu dan Proton Waja di Jalan Batu Pahat – Mersing berhampiran Tanah Perkuburan Budha di Kampung MIC, Kluang.

Dua lagi mangsa warga emas cedera dalam insiden kira-kira pukul 1 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Fauzi Mohd. Nor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden berkenaan pada pukul 1.13 petang.

Katanya, sebaik sampai ke lokasi kemalangan kira-kira pukul 1.25 petang, Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Norhakim Mohamad Nordin mendapati kemalangan melibatkan lori membawa air batu dan kereta Proton Waja.

“Tiga mangsa dikenal pasti berada di dalam kereta Proton Waja manakala seorang lagi dalam lori.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas sebelum mendapati seorang wanita berusia lingkungan 60 tahun meninggal dunia di tempat duduk penumpang hadapan,”katanya.

Menurut Mohd. Fauzi, mangsa yang cedera merupakan pemandu Proton Waja dan pemandu lori masing-masing berusia 71 dan 61 tahun manakala seorang lagi mangsa yang juga kanak-kanak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ujarnya, semua mangsa yang cedera dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

“Mangsa meninggal dunia berasal dari Kampung Air Puteri di Mersing diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI