fbpx

Terengganu lancar SUKANT bantu kebajikan atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN SUKAIRI (dua dari kanan) menyaksikan Ahmad Samsuri (dua dari kiri) melancarkan SUKANT di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu melancarkan Sekretariat Kebajikan Atlet Negeri Terengganu (SUKANT) bagi menjaga kebajikan atlet serta bekas atlet negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, SUKANT akan berfungsi untuk membantu atlet dan bekas atlet kelahiran negeri Pantai Timur berkenaan meningkatkan kemahiran dan nilai tambah sebagai persediaan apabila bersara.

“Antara bantuan yang akan ditawarkan ialah biasiswa atau pinjaman mudah menyambung pelajaran dan modal serta kursus perniagaan.

“Selain itu, atlet dan bekas atlet berkelayakan juga bakal menerima Kad Sejahtera yang boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital tertentu secara percuma,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Terdahulu beliau menyaksikan pelancaran SUKANT yang disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Wan Sukairi berkata, sebagai permulaan, seramai 200 atlet dan bekas atlet kelahiran Terengganu disasar bakal menerima manfaat daripada SUKANT berkenaan.

Tambah beliau, semua atlet dan bekas atlet negeri layak memohon bantuan disediakan SUKANT termasuk penerima Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (YAKEB).

“Kerajaan negeri Terengganu telah menyediakan dana permulaan  RM100,000 bagi SUKANT. Tiada had bantuan, bergantung keperluan pemohon dan dana tersedia dalam SUKANT,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI