fbpx

Persatuan hotel bimbang penjarakan pelaku maksiat jejas sektor pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHRI bimbang pelancong akan memilih negara lain berbanding Indonesia untuk melancong. – UHA

JAKARTA – Persatuan Hotel dan Restoran Indonesia (PHRI) mendakwa bahawa hukuman penjara ke atas pasangan tidak berkahwin yang mendaftar masuk ke hotel akan menjejaskan industri pelancongan negara itu, lapor portal berita Coconut semalam.

PHRI menyuarakan kebimbangan itu ketika timbul usul supaya kanun jenayah negara (RKUHP) disemak semula terutamanya klausa yang melabelkan aktiviti seks luar nikah sebagai  kesalahan jenayah.

“Ia akan menjejaskan industri pelancongan apabila individu yang berkongsi bilik hotel tanpa ikatan perkahwinan dianggap sebagai melakukan jenayah.

“Implikasi terhadap pelaksanaan (undang-undang) tersebut adalah pelancong luar akan pergi ke negara lain, sekali gus menurunkan bilangan pelancong di Indonesia,” kata Pengerusi PHRI, Hariyadi Sukamdani.

RKUHP telah dibincangkan di Parlimen selama beberapa tahun. Artikel 415 menyatakan bahawa seks luar nikah atau zina akan menjadi satu jenayah yang boleh dihukum penjara sehingga satu tahun, dengan syarat bahawa pertuduhan dibuat ke atas pihak yang bersalah oleh sama ada pasangan, ibu bapa atau anak-anak mereka.

Secara teknikal, sekiranya rang undang-undang itu diluluskan, pasangan yang tidak berkahwin masih boleh mendaftar masuk ke hotel dan tidak akan berdepan hukuman penjara, selagi kegiatan mereka tidak terbongkar.

Timbalan Menteri Kehakiman dan Hak Asasi Manusia, Edward Omar Sharif Hariej minggu ini mendesak agar RKUHP diluluskan segera bagi menggantikan kod jenayah yang sudah lapuk.

Kementerian tersebut sebelum ini memberitahu, rang undang-undang tersebut mungkin diluluskan menjelang hujung tahun ini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN