fbpx

Belum tiba masa Pecco jadi juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Francesco Bagnaia berada dalam keadaan selesa menjelang GP Valencia di Litar Ricardo Tormo awal bulan depan apabila memiliki kelebihan 23 mata ke atas pencabar terdekat kejuaraan dunia, Fabio Quartararo.

SEPANG – Pelumba pasukan Ducati, Francesco Bagnaia terpaksa menangguhkan hasrat untuk bergelar pemenang Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih awal biarpun memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Pelumba Itali itu yang mesra dengan panggilan Pecco hanya memerlukan pencabar terdekat, Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di kedudukan keempat bagi membolehkan dia bergelar juara dunia di bumi Malaysia.

Bagaimanapun, semangat juang yang ditunjukkan Quartararo sepanjang perlumbaan masih menyalakan harapannya untuk terus mencabar kejuaraan dunia selepas menamatkan saingan di tempat ketiga.

Bagnaia menjelaskan, dia sangat berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan sepanjang perlumbaan hari ini, sekali gus bakal membawa bekalan selesa ke GP Valencia di Litar Ricardo Tormo bulan depan menerusi perbezaan 23 mata.

“Pertama sekali, saya anggap permulaan hari ini adalah yang terbaik sepanjang karier kerana ia sangat sempurna. Kemudian, saya ambil risiko dengan mengikut (Jorge) Martin dari belakang.

“Kedudukan itu beri kesan terhadap tayar belakang, namun nasib tidak baik untuknya (Martin) apabila terjatuh. Ini adalah kemenangan ketujuh bagi musim 2022, jadi saya sangat gembira,” katanya selepas tamat perlumbaan.

Sebagai rekod, Bagnaia dilihat berada dalam kedudukan selesa apabila mengumpul 258 mata, 23 mata meninggalkan Quartararo dengan perlumbaan musim ini berbaki satu pusingan sahaja lagi.

Sementara itu, Quartararo menegaskan, dia masih belum berputus asa selain sedia untuk memberikan segala-galanya pada perlumbaan di Valencia biarpun sedar peluangnya sangat tipis bagi mempertahankan kejuaraan dunia.

“Saya bangga dengan diri sendiri kerana sudah berikan aksi maksimum, mungkin perlumbaan terbaik untuk saya musim ini. Saya tahu peluang sangat tipis (gelaran dunia) tetapi kami akan berikan segala-galanya di Valencia,” ujarnya.

Pada perlumbaan hari ini, Bagnaia menamatkan saingan sebagai pemenang menerusi catatan masa 40 minit 14.332 saat (s) manakala Enea Bastianini dari pasukan Gresini Racing di tempat kedua diikuti Quartararo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI