fbpx

2 maut pesawat ringan terhempas di kediaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meskipun sebahagian daripada kediaman didiami beberapa keluarga itu terbakar akibat nahas tersebut, tiada kemalangan jiwa dilaporkan melibatkan penghuninya. – Rebekah Ann

KEENE, NEW HAMPSHIRE – Sebuah pesawat enjin tunggal terhempas di sebuah kediaman berhampiran lapangan terbang di negeri New Hampshire, Amerika Syarikat, Jumaat lalu, yang meragut nyawa kedua-dua penumpangnya, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Menurut pegawai majlis di bandar Keene, meskipun sebahagian daripada kediaman didiami beberapa keluarga itu terbakar akibat nahas tersebut, tiada kemalangan jiwa dilaporkan melibatkan penghuninya.

“Tiada kecederaan melibatkan penghuni bangunan kediaman tersebut. Malangnya, dua penumpang pesawat itu meninggal dunia,” kata pegawai sambil menyifatkan nahas itu sebagai kemalangan.

Pesawat Beechcraft Sierra itu terhempas di bahagian utara Lapangan Terbang Keene Dillant-Hopkins sejurus sebelum pukul 7 malam (waktu tempatan), Jumaat lalu, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan kepada CNN.

“Pada pukul 6.48 petang (waktu tempatan), kami menerima panggilan kecemasan, justeru, anggota kami bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebuah pesawat terhempas, pesawat ringan yang terhempas ke sebuah bangunan kediaman dan menyebabkan kebakaran yang diisytihar pada pukul 8.47 malam (waktu tempatan).

“Nahas itu berlaku sejurus selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Keene Dillant-Hopkins,” kata Datuk Bandar, George Hansel dalam satu sidang akhbar semalam.

Tambah beliau, lapan penghuni kediaman tersebut kini kehilangan tempat tinggal dan pasukan Palang Merah sedang membantu menempatkan mereka ke lokasi lain.

Siasatan ke atas nahas tersebut sedang dijalankan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI