fbpx

Resort terbiar, sarang makhluk halus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan persekitaran resort yang sunyi dan terbiar.

PETALING JAYA – Sebuah resort yang dipercayai terletak di Kuantan, Pahang terus menjadi tanda tanya kerana terbiar begitu sahaja dan menjadi sarang makhluk halus.

Perkongsian video menerusi akaun TikTok @darktourismmalaysia memaparkan persekitaran resort yang tidak begitu usang namun terbiar begitu sahaja seperti menyimpan sebuah cerita.

Demikian video itu telah tular, ianya mengundang rasa seram kepada rata-rata netizen dan terdapat sebahagian besar netizen berkongsi kisah seram mereka berkaitan resort tersebut di ruangan komen.

“Dekat situ sarang pontianak bang, pergi masa senja atau malam, ada rezeki muncul la nanti,” komen seorang netizen.

“Seberang jalan rumah saya sahaja, terkadang cermin terbuka terkadang tertutup, saya buat tidak tahu sahaja, seram memang seram,” kongsi seorang netizen lagi di ruangan komen.

“Saya dan suami pernah menginap di situ, memang seram, macam ada yang memerhati dari luar tingkap,” komen netizen yang lainnya.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang terkejut melihat resort itu terbengkalai begitu sahaja memandangkan fasiliti dan servis resort tersebut sangat praktikal untuk seisi keluarga.

“Tempat jatuh lagi dikenang, tempat selalu bawa anak-anak mandi dekat sini, sudah sunyi macam rumah hantu. Pernah jadi tempat ‘reunion’, banyak kenangan di sini,” tulis netizen tersebut.

“Sayangnya tempat ini dah terbiar, dulu masa duduk dekat Kuantan selalu mandi kolam dekat sini, sangat praktikal dan sesuai dengan keluarga yang besar,” komen seorang netizen.

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 200,000 tontonan dengan 268 perkongsian dan dihujani lebih 300 komen- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI