fbpx

New Zealand arah penjawat awam kurangkan jargon, sampai mesej jelas kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI kerajaan diminta mengurangkan jargon atau perkataan bahasa Inggeris rumit dalam mesej kepada orang awam. - Hagen Hopkins/Getty Images

WELLINGTON – Parlimen New Zealand meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Bahasa Biasa pada Rabu lalu yang bertujuan menghendaki pegawai-pegawai kerajaan untuk mengurangkan jargon dan perkataan bahasa Inggeris rumit dalam mesej kepada orang awam, lapor laman berita RT kelmarin.

Badan perundangan itu menakrifkan bahasa biasa sebagai bahasa yang jelas, ringkas dan teratur yang sesuai dengan khalayak yang dimaksudkan.

Semua agensi pelapor dikehendaki melantik ‘pegawai bahasa biasa’ yang bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan selain menjadi perantara dengan orang ramai.

Pegawai itu akan mengemukakan laporan kepada Pesuruhjaya Perkhidmatan Awam dalam tempoh enam bulan selepas undang-undang itu berkuat kuasa dan memberikan laporkan pematuhan secara tahunan.

Langkah itu bertujuan untuk mewujudkan demokrasi yang lebih inklusif dengan memastikan mereka yang berbahasa inggeris sebagai bahasa kedua atau kurang mahir, boleh mengambil bahagian dalam sektor kerajaan.

Undang-undang itu dosokong oleh parti Buruh, Hijau dan Maori tetapi ditentang oleh parti Kebangsaan dan ACT. Ahli Parlimen Kebangsaan, Simeon Brown menyifatkannya sebagai ‘satu penyelesaian untuk mencari masalah’.

Menurut pengkritik, undang-undang itu akan mewujudkan birokrasi dengan menambah lapisan penjawat awam yang tidak perlu ketika negara sudah menggaji sejumlah besar pekerja. 

“Orang yang tinggal di New Zealand mempunyai hak untuk memahami apa yang kerajaan minta mereka lakukan dan apa hak mereka,” kata ahli Parlimen Parti Buruh, Rachel Boyack semasa perbahasan mengenai isu itu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI