fbpx

PRU15: MB Negeri Sembilan calon PH Parlimen Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) mengumumkan Aminuddin sebagai calon PH bagi Parlimen Port Dickson

PORT DICKSON – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Port Dickson untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa program Jelajah Harapan Negeri Sembilan di Bandar Dataran Segar di sini malam ini.

Beliau mendakwa, ramai meminta dirinya kekal bertanding di Port Dickson, tetapi memilih Aminuddin kerana yakin Aminuddin akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson buat PH.

“Beliau (Aminuddin) orang sini, kerja pun baik dan selalu di Port Dickson serta banyak bantu saya di sini.

“Insya-Allah, beliau boleh menang bergaya,” katanya sewaktu berucap pada majlis tersebut.

Semalam, Anwar yang juga penyandang Parlimen Port Dickson mengumumkan akan `berpindah’ bertanding di Parlimen Tambun, Perak.

Aminuddin yang Naib Presiden PKR memenangi jawatan Ketua Cabang PKR Port Dickson dalam pemilihan parti itu baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI