fbpx

Master Tech, TCI bekal kabel kuasa voltan rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif Master Tech, Tee Kok Hwa (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Nik Hishamuddin di Melaka baru-baru ini.

MELAKA – Master Tec Wire & Cable Sdn. Bhd.  (Master Tec) yang berpangkalan di Melaka bakal  bekerjasama dengan Tenaga Cable Industries Sdn Bhd (TCI) untuk membekalkan kabel kuasa voltan rendah.

TCI adalah anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB)

Pada pertengahan tahun lalu, Master Tec telah menandatangani perjanjian jangka panjang pembuatan peralatan asal (OEM) dengan TCI untuk membekalkan tiga jenis kabel.

Kontrak setahun yang berkuatkuasa pada Oktober 2022 itu bernilai sekitar RM12 juta.

Pengarah Master Tec, Datuk Lau Kim San berkata, perjanjian OEM jangka panjang adalah bukti keyakinan TNB terhadap Kumpulan dalam membekalkan wayar dan kabel berkualiti tinggi untuk industri berat. 

“Produk kami dibangunkan di bawah piawaian antarabangsa yang paling ketat, termasuk pengiktirafan oleh TNB melalui sijil guna pakai.

“Kami yakin kontrak terbaharu ini akan terus mewujudkan peluang untuk kami menyertai industri penjanaan dan pengedaran kuasa Malaysia yang semakin berkembang. 

“Di samping itu, berdasarkan pengalaman kami dalam membekalkan kabel yang diperlukan untuk kemudahantenaga boleh diperbaharui (RE), Master Tec juga berada pada kedudukan yang baik untuk merebut lebih banyak peluang dalam segmen RE apabila Kerajaan mempercepatkan usahanya untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Selain itu, Pengarah Urusan TCI, Ir.Ts. Nik Hishamuddin Mohamed menerangkan, ini adalah satu inisiatif untuk menyediakan bekalan kabel yang berterusan kepada TNB.

Ia juga selari dengan Pelan Transformasi syarikat di bawah Reimagining TCI 2026 di mana ia memberi fokus kepada salah satu tiang utama iaitu  menambah baik perniagaan utama.

Master Tec telah berkhidmat kepada TNB sebelum ini untuk  pelbagai projek seperti Loji Jana Kuasa Jimah Port Dickson, Projek Loji Jana Kuasa Arang Batu Manjung 5, Stesen Janakuasa Tunku Jaafar, Pencawang TNB Bukit Ketri dan pelbagai Pencawang Masuk Utama di seluruh Peninsular Malaysia.

Dalam segmen RE, Syarikat telah membekalkan pelbagai kabel kuasa, kawalan dan instrumen untuk TNB Bidor Solar, Perak dan TNB PMU-Solar Chembong, Negeri Sembilan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI