fbpx

Rumah wanita ‘dihujani’ ratusan ulat sebelum sedar jiran rumah atas meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIV terkejut apabila beratus-ratus ulat ditemui di lantai rumahnya. - tiktok.com/@lon333lygirl

LONDON – Seorang wanita trauma apabila rumahnya ‘dihujani’ beratus-ratus ekor ulat sebelum mendapati jirannya di tingkat atas sudah meninggal dunia, lapor akhbar Daily Star semalam.

Liv, 21, menyedari ulat-ulat itu jatuh dari lubang di siling apartmennya dan situasi itu berlarutan selama hampir seminggu.

Dalam satu klip video di TikTok, Liv mendakwa jirannya di tingkat atas sudah meninggal dunia dan ulat-ulat itu berasal dari mayat yang reput.

“Ulat telah jatuh dari siling saya selama enam hari. Ia bukan dua, malah bilangannya mencapai ratusan ekor,” tambahnya.

Liv turut bertanya kepada jiran sebelah rumah sama ada mereka pernah menemui sebarang pepijat atau ulat di apartmen mereka.

“Jiran-jiran naik ke atas dan menekan loceng rumah itu tetapi tiada jawapan, sebelum terhidu bau busuk lalu menghubungi polis,” katanya.

Dia memaklumkan kepada tuan tanah mengenai kejadian itu tetapi tidak ditawarkan kediaman sementara dan kakitangan untuk membersihkan apartmen itu.

Menurut Liv, seluruh apartmen itu berbau seperti mayat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI