fbpx

Identiti pemandu rentung dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijaya Rao melihat Perodua Kancil yang terbakar dalam kejadian di Jalan Shapadu, Kampung Sungai Pinang awal pagi tadi.

KLANG – Pemandu Perodua Kancil yang rentung di tepi Jalan Shapadu, Kampung Sungai Pinang di sini awal pagi tadi telah dikenal pasti adalah seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 5.30 pagi dengan siasatan awal mendapati mangsa berusia 70-an.

“Mangsa telah terbakar 70 peratus keseluruhan badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Polis masih menyiasat punca kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, setakat ini pihak polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut ( SDR ).

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang individu rentung selepas kenderaan dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang, awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI