fbpx

Cium? Bukti ada dalam filem – Baby Shima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY SHIMA

PETALING JAYA – Penyanyi juga pelakon sensasi, Baby Shima meluahkan kemarahan selepas sekali lagi menjadi mangsa serangan fitnah gara-gara babak dalam filem baharunya, Biko.

Katanya, pihak tidak bertanggungjawab itu seakan sengaja mencetuskan kontroversi apabila menuduhnya bercium dengan teman gandingannya dalam filem tersebut, Azrel Ismail.

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli itu memuat naik tangkap layar mesej dari netizen bertanyakan mengenai isu berkenaan.

Malah Shima juga mengakui hilang kata-kata sebaik diajukan soalan yang hakikatnya sudah terpampang jawapan di skrin pawagam itu sendiri apabila tiada adegan sebegitu.

“Saya tak tau dah nak cakap apa lagi ramai orang DM (mesej langsung) saya cakap fasal (bercium) ini.

“Bukti ada saja dalam filem. Kat pawagam, besar lagi skrin yang korang boleh tengok (dengan) lebih jelas.

“Kalau itu pun tak nampak, memang korang saja nak kenakan saya kan,” katanya.

Pada hantaran sama, Shima yang membawakan watak Sara dalam filem tersebut menegaskan boleh membawa isu fitnah berkenaan ke muka pengadilan jika perlu.

Filem Biko adalah filem drama romantik yang memaparkan kisah kekeluargaan yang turut dibintangi Sara Ali, Josiah Hogan dan Syed Irfan.

Ditayangkan sejak 13 Oktober lalu, ia berkisar keperitan hidup bapa tunggal, Izwan bersama anaknya, Biko, namun kehadiran kekasih lama iaitu Sara menambahkan lagi gelojak hidupnya.

Nama selebriti berusia 24 tahun itu memang kerap dikaitkan dengan pelbagai cerita sensasi yang membabitkan isu tarian, pemakaian selain aksi ‘daring’ di laman sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI