fbpx

Tiket penerbangan naik dua kali ganda selepas tarikh PRU15 diumum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa kecewa apabila terdapat syarikat penerbangan yang menaikkan harga tiket dua kali ganda pada tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan iaitu 19 November depan.

Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata pengundi mendakwa harga tiket penerbangan untuk pulang ke Sabah dan Sarawak tiba-tiba naik mendadak sebaik sahaja tarikh PRU15 diumumkan hari ini.

Seorang pengguna Twitter mendakwa, dia terkejut apabila laman web sebuah syarikat penerbangan tiba-tiba tergendala semasa dia sedang membuat pembayaran.

Katanya, selepas tergendala seketika, laman web tersebut telah menukar harga tiket penerbangan dua hala dari Johor ke Kuching, Sarawak yang ditempah olehnya pada 18 November menjadikan harga tiket berjumlah RM730 dari RM360.

“Tadi sempat ‘survey’ sebelum umum tarikh PRU15 harga masih RM150 sehala. Sekarang dah RM400 sehala,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

“Selalu harga tiket dari Singapura ke Pulau Pinang SGD150 saja, tiba-tiba naik SGD384 pula dekat tarikh nak PRU15,” kata N.S.

“Harga asal beberapa minit selepas tarikh PRU15 diumumkan, RM279.45 dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu, Sabah. Bila mahu ‘check-out’ tiba-tiba naik harga RM568.96,” kata Acup.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan teka-teki rakyat berhubung tarikh mengundi bagi PRU15 akhirnya terjawab selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI