fbpx

Selepas sebulan, bangkai helikopter dibawa keluar dari lokasi nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGKAI helikopter yang terhempas di Hutan Simpan Chikus berhampiran Kampung Kenangan, Bidor, Tapah dibawa keluar dari lokasi nahas semalam.-FOTO/PDRM

TAPAH – Bangkai helikopter jenis Eurocopter EC120B yang terhempas di Hutan Simpan Chikus berhampiran Kampung Kenangan, Bidor bulan lalu, di bawa keluar dari lokasi nahas semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kerja-kerja mengalihkan bangkai helikopter itu bermula pukul 12 tengah hari menggunakan jengkaut.

Katanya, operasi itu dilakukan syarikat pengendali helikopter, Hammock Helicopter Sdn. Bhd.

“Bangkai helikopter telah diangkat dan diletakkan di atas ‘lowloader’ dari tempat kejadian.

“Pada pukul 1 tengah hari, helikopter telah dibawa keluar dari kawasan nahas untuk diletakkan di hangar syarikat itu di Subang bagi siasatan lanjut oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI