fbpx

PRU15: Anwar calon PM Pakatan Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri Konvensyen Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh hari ini. - FOTO/ MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon Perdana Menteri PH sekiranya gabungan tersebut memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan tersebut diputuskan secara sebulat suara oleh Majlis Presiden PH setelah melalui beberapa siri pertemuan serta mesyuarat.

“Memasuki PRU15, PH menawarkan kepada rakyat Malaysia satu nama jika mandat rakyat diberikan kepada kita, calon Perdana Menteri kita ialah saudara Anwar Ibrahim,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Konvensyen Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI