fbpx

Pocong tumpang kenderaan polis Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular entiti imej mistik dipercayai pocong menumpang di atas kenderaan polis di daerah ini sejak malam tadi. - IHSAN MEDIA SOSIAL

REMBAU – Tular di media setempat imej mistik dipercayai pocong menumpang di atas kenderaan polis di daerah ini sejak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, berdasarkan gambar yang tular, kejadian kira-kira pukul 2 pagi semalam membabitkan kenderaan Balai Polis Kota.

Menurut beliau, lokasi kejadian adalah di antara Pekan Chengkau ke Kampung Tanah Datar, Chengkau iaitu di Jalan Utama Seremban-Tampin.

“Kesahihan gambar berkenaan masih belum dapat dipastikan sama ada telah diedit atau sebaliknya. Kita mengesan individu yang mengambil gambar berkenaan bagi kesahihannya.

“Bagaimanapun dalam tugas menjaga keamanan penduduk setempat dan melakukan pemantauan, cabaran seperti ini merupakan cabaran yang perlu ditempuh oleh setiap anggota serta pegawai dalam menunaikan amanah serta tugas yang diberikan,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular gambar terdapat satu entiti di atas kenderaan pacuan empat roda bertulisan Polis dibelakangnya.

Entiti berkenaan mirip dengan pocong berdasarkan bungkusan berwarna putih dalam gambar yang tersebar.

Netizen kemudiannya bergurau menyatakan pocong berkenaan hanya ingin menumpang ke destinasi tertentu dan ada juga yang mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan yang kental dalam menjalankan tugas di awal pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI