fbpx

Penjara larang Najib bercakap mengenai PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Supri Hashim ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara di Muzium Penjara Banda Hilir, Melaka hari ini.

MELAKA – Jabatan Penjara tidak membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim berkata, peraturan itu terpakai kepada semua individu yang sedang menjalani hukuman penjara termasuk Najib.

“Kenyataan tidak boleh dikeluarkan oleh mana-mana banduan. (Najib) tidak dibenarkan mengeluarkan apa-apa kenyataan malah surat yang dikeluarkan, dokumen yang dikeluarkan pun ditapis terlebih dahulu.

“Nak hantar surat kepada keluarga, nak uruskan apa pun perlu ditapis oleh pihak penjara (Jabatan Penjara Malaysia) dahulu,” katanya pada Majlis Perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara di Muzium Penjara Banda Hilir di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada penyandang Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan atau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai PRU15 yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Kita (Jabatan Penjara) tiada kena mengenai dengan politik dan hanya laksanakan tanggungjawab waima apa sekalipun kerajaan yang memerintah,” katanya ringkas.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI