fbpx

Nistelrooy mahu sekat hajat Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL berpeluang untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati sekiranya berjaya menundukkan PSV awal pagi esok. – AFP

LONDON – Arsenal berpeluang mengesahkan slot ke peringkat kalah mati Liga Europa jika mengelak daripada tewas kepada wakil Belanda, PSV Eindhoven pada aksi keempat Kumpulan A di Emirates awal pagi esok.

The Gunners dijangka tiada masalah untuk merakam kejayaan berdasarkan prestasi semasa dengan sembilan kemenangan daripada 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Skuad bimbingan Mikel Arteta itu turut cemerlang dalam kempen Liga Europa dengan rekod kemenangan bersih daripada tiga perlawanan Kumpulan A.

Bagaimanapun, Arsenal tidak boleh memandang rendah kerana PSV dikendalikan oleh Ruud Van Nistelrooy yang sentiasa menghadirkan masalah buat mereka ketika mewakili Manchester United dari 2001 hingga 2006.

“Ini adalah satu cabaran besar buat kami memandangkan Arsenal berada pada momentum hebat selepas menewaskan Li­verpool baru-baru ini.

“Corak permainan Arsenal di bawah Arteta juga sesuatu yang menakjubkan. Ia amat berbeza sama sekali berbanding Arsenal sebelum ini.

“Kami juga mempunyai pemain-pemain berkualiti untuk cuba menyekat kemaraan mereka dan kami sudah bersedia untuk aksi itu nanti,” kata Nistelrooy.

Arsenal dijangka menurunkan skuad terkuat dengan penyerang utama, Gabriel Jesus hampir pasti berada dalam kesebelasan utama.

PSV pula bakal mempertaruhkan sandaran kepada bintang mudanya, Xavi Simons, 19, yang meledak dua gol dalam kemenangan 6-1 ke atas FC Utrecht pada aksi Eredivisie baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI