fbpx

Kapal kargo ditahan sauh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal kargo yang ditahan APMM Selangor.

KUALA SELANGOR – Tindakan sebuah kapal kargo bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjong Karang di sini membawa padah apabila ditahan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Penahanan itu dilakukan kira-kira pukul 5.50 petang selepas APMM Selangor menerima maklumat berhubungnya daripada pusat kawalan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) Klang kira-kira pukul 2.30 petang.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, berdasarkan pengesahan Pihak Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) memaklumkan kapal kargo itu tidak mempunyai kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Laut Malaysia.

Katanya, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan telah diatur gerak ke lokasi seterusnya menahan kapal tunda yang tertera nama MV HAI PHUONG STAR.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, kapal kargo itu dikendalikan oleh 21 kru warga Vietnam dan kesemuanya mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Namun, nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, perintah penahanan ke atas kapal tersebut dikeluarkan dengan kapten serta seorang kru kapal itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk tindakan lanjut.

Siva Kumar menegaskan kes disiasat Seksyen 491B (1) (L) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI