fbpx

Isteri mengidam bau bekas kekasih, rupanya pernah terlanjur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hancur hati seorang suami apabila mengetahui zuriat dikandung isterinya adalah anak kepada lelaki lain yang juga merupakan bekas kekasih wanita itu.

Terbaharu, tular di media sosial tangkap layar hantaran seorang lelaki yang memaklumkan isterinya yang sedang hamil mengidam bau bekas kekasihnya.

“Isteri aku punya gila dia masa mengandung dia mengidam minta nak bau ex boyfriend (bekas kekasih) dia. Masa dia cakap aku ingat gurau rupa-rupanya betul serius.

“Aku cakap beritahu lah wangian jenama apa bekas kekasih dia pakai biar aku cari. Isteri aku cakap dia tak tahu tapi masih boleh ingat bau itu, tulisnya.

Menurut lelaki itu, disebabkan rasa kasihan dengan anak, dia sanggup menghabiskan wang untuk membeli segala jenis wangian dengan berharap dapat memenuhi keinginan isterinya.

“Demi anak dalam perut itu aku beli macam-macam wangian masih jugak bukan bau yang isteri aku nak. Aku cakap jangan dilayan perasaan syaitan itu.

“Dah tak pasal merajuk tarik muka dengan aku,” katanya.

Tangkap layar pengakuan seorang lelaki yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Untuk tidak memanjangkan masalah, lelaki itu memberi keizinan kepada isterinya untuk menghubungi bekas kekasihnya itu dan meminta lelaki berkenaan menghantar wangian yang dipakai olehnya.

“Akhirnya aku cakap pada isteri aku minta dia hubungan bekas kekasih dia suruh kirimkan minyak wangi apa dia pakai. Aku malas nak panjang cerita,” ujarnya.

Lebih menyedihkan, apabila lelaki tersebut dimaklumkan bahawa isterinya pernah curang dengan bekas kekasihnya itu, malah anak yang dikandungnya juga daripada benih lelaki berkenaan.

“Untuk status anak dalam kandungan, berat untuk aku beritahu yang statu bayi tersebut bukan darah daging aku. Terlalu kecewa bila aku ingatkan balik semasa aku tahu keputusan ‘paternity’ dan DNA itu,” luahnya.

Rata-rata pengguna yang mengikuti kisahnya itu menitipkan kata-kata semangat kepada lelaki tersebut agar kuat menghadapi ujian Allah.

“Kuat semangat bro, kalau dia bukan jodoh, lepaskan dia cara baik, kalau kau ikhlas dengannya, bimbingnya jadi isteri yang sempurna,” kata Md. Shafiq. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI