fbpx

Ditegur nampak muda, Atikah Suhaime pelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATIKAH SUHAIME

SEBELUM ini, ramai yang mempersoalkan penampilan Atikah Suhaime yang dikatakan nampak selekeh, tetapi kali ini terbalik pula.

Kali ini, Atikah sendiri berasa pelik apabila ada yang menegur dan mempersoalkan wajahya nampak muda sedangkan usia sudah masuk 31 tahun.

“Kadang-kadang saya pelik, bila orang jumpa saya, mereka akan cakap ‘ya Tuhan, Atikah awak masih nampak muda’.

“Lepas itu saya pelik, umur saya 31 tahun , bukan 50. Kalau 31, kita kena nampak macam mak cik-mak cik ke macam mana?

“Sudah tentulah saya nampak muda sebab 31 masih lagi muda. Bukan tua,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Mungkin individu yang tegur itu selalu jumpa individu berwajah tua berbanding usia sebenar.

Jumpa pula dengan Atikah yang sentiasa muda, mana tidak terkejut. Rezeki tau, nampak muda daripada usia sebenar.

MIZZ LAHAR: Ramai dan ramal Jaclyn Victor sebagai juara Gegar Vaganza musim kesembilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI