fbpx

Agong seru calon, penyokong parti berhemah ketika berkempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menyeru kepada semua calon dan penyokong parti-parti politik mengamalkan pendekatan berhemah sepanjang tempoh berkempen di sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Seri Paduka turut menasihati semua calon bertanding secara sihat dengan mengelakkan kempen menyerang dan akur dengan garis panduan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis Diraja Malaysia sepanjang tempoh tersebut hingga hari mengundi pada 19 November depan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka mengingatkan bahawa dalam kehangatan dan keghairahan berkempen, nilai-nilai murni dan adab perlu dijaga oleh para calon dan penyokong mereka. Jauhkanlah sifat fitnah, provokasi, caci-mencaci dan cela-mencela dengan memburuk dan memperlekehkan sesiapa sahaja semasa berkempen.

“Al-Sultan Abdullah juga bertitah bahawa sifat-sifat tersebut adalah tidak bertepatan dengan nilai-nilai mumi. Sifat-sifat tersebut juga bukan sahaja tersasar daripada landasan kemanusiaan yang sebenar, malah boleh mencetuskan kekacauan serta keadaan huru-hara.

“Sesungguhnya, pada hemat Seri Paduka, kerjasama baik dari semua pihak amat penting di samping menghormati dan menjunjung tinggi institusi kehakiman negara serta sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan menjadikan kerjasama politik antara parti lebih harmoni,” katanya dalam satu kenyataan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI