fbpx

Terima rasuah RM72,000, pengurus kanan syarikat ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus kanan sebuah anak syarikat milik agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes membantu proses pinjaman berjumlah RM5 juta.

Suspek lelaki berusia 53 tahun itu disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM72,000 untuk menjalankan urusan itu.

Suspek yang berkhidmat di syarikat pembinaan dan penyelenggaraan ditahan di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, kira-kira jam 6 petang semalam.

Menurut sumber, suspek dipercayai menerima wang rasuah itu daripada seorang pengarah urusan sebuah syarikat lain untuk membantu proses kelulusan permohonan pinjaman syarikat berkenaan.

“Syarikat pembinaan dan penyelenggaraan tempat suspek berkhidmat itu adalah anak syarikat agensi kerajaan itu,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek juga sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai keterangan diambil. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI