fbpx

Nelayan Indonesia hilang di perairan Sekinchan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM menunjukkan kordinasi operasi pencarian mangsa di perairan Sekinchan.

SABAK BERNAM – Seorang nelayan warga Indonesia dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut di sekitar perairan Sekinchan di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu melibatkan lelaki dikenali sebagai Efendy, 40, yang menaiki sebuah bot kelas C.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten V. Siva Kumar berkata, berdasarkan maklumat dilaporkan mangsa tidak memakai jaket keselamatan dengan fizikal mangsa adalah berambut panjang dan kali terakhir dilihat memakai baju kuning serta berseluar kelabu.

Katanya, Maritim Malaysia (APMM) Selangor telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa pukul 11.05 pagi semalam.

“Selain mengatur gerak bot, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) diaktifkan di Jeti Bagan Sekinchan.

“Operasi pencarian disambung bermula pukul 7 pagi tadi dengan turut disertai bantuan nelayan tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kawasan pencarian merangkumi keluasan 53.46 batu nautika persegi dan memfokuskan kawasan perairan Sekinchan.

Dalam pada itu, Siva mengingatkan orang awam terutama nelayan supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI