fbpx

Lelaki warga India maut disyaki terjun flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat lelaki warga India yang ditemui maut.

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga India ditemui maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga sebuah flat di Taman Sri Muda di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mayat lelaki berusia 46 tahun itu dijumpai di bawah blok perumahan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati si mati ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan turut berdarah.

“Lelaki itu sudah berkahwin dan pernah bekerja sebagai pekerja kargo sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihaknya.

“Mayatnya telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat sebagai laporan kematian mengejut (SDR),” ujarnya.

Justeru, Mohd. Iqbal berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Firdaus Mohd. Khairi di talian 012-6513046 atau balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI