fbpx

Lelaki maut lori rempuh belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori di Kilometer 42 Lebuh Raya KLK di Bentong, malam semalam.

BENTONG – Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 42 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu berlaku ketika mangsa berusia 46 tahun dalam perjalanan dari arah Bentong.

“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai pemandu lori mengubah haluan masuk ke lorong kiri untuk memotong kenderaan dihadapan dan kemudian melanggar bahagian belakang treler yang berada di lorong kiri.

“Akibat kemalangan seorang pemandu lori mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyan 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya pihak polis memohon mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI