fbpx

Gosip tingkatkan interaksi dengan kenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gosip akan menjadi buruk jika pengantara pertama memiliki hubungan kurang baik dengan individu yang menjadi topik perbualan. - Shutterstock

AMSTERDAM – Satu kajian mendapati bahawa perbuatan mengumpat atau bergosip boleh meningkatkan kualiti interaksi seseorang dengan individu lain, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Penyelidikan itu diketuai oleh Paul van Lange dari Vrij Universiteit Amsterdam, Szabolcs Szamado dari Akademi Sains Hungary dan Junhui Wu dari Akademi Sains China yang menggambarkan gosip sebagai model berbentuk segi tiga.

Salah satu pangkal sudut segi tiga ialah penggosip, pangkal sudut kedua ialah penerima dan bahagian atas segi tiga adalah individu yang menjadi mangsa umpatan.

Model ini kemudiannya digunakan untuk meneroka empat interaksi sosial yang berbeza menggunakan empat situasi bagi menentukan kemungkinan kesan gosip.

Kesan yang dimaksudkan adalah sama ada terdapat faedah atau kerugian daripada gosip tersebut.

Hipotesis yang diuji daripada model itu adalah penggosip akan memilih untuk menyebarkan kebenaran atau khabar angin secara jujur.

Matlamat untuk memaksimumkan keuntungan peribadi mereka sendiri tanpa menjejaskan reputasi sendiri diimbangi dengan mengambil kira hubungan mereka dengan kedua-dua pihak yang terlibat iaitu pengantara gosip dan orang yang diperkatakan.

Secara umumnya, individu yang suka bergosip didapati jujur ​​apabila berkongsi matlamat dengan dua pihak yang lain, sama ada untuk berkongsi kejayaan atau dari segi memupuk hubungan sesama manusia.

Walau bagaimanapun, apabila hubungan mereka tidak sepadan dengan penerima gosip atau orang yang dibicarakan, barulah elemen pembohongan tambahan lebih cenderung dibuat.

“Sebagai contoh, anda mungkin bersaing dengan rakan sekerja untuk kenaikan pangkat yang penting di mana hanya seorang daripada anda boleh mendapatkan pekerjaan itu.

“Keadaan sedemikian boleh dijangka membawa kepada gosip yang tidak jujur ​​sehingga merugikan rakan sekerja” jelas pengarang bersama dan ahli metafizik, Leo Tiokhin dari Universiti Teknologi Eindhoven di Belanda. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI